.

Percuma Panduan Di Jalan Raya......



PANDUAN KESELAMATAN   
 
PENUNGGANG-PENUNGGANG MOTOSIKAL
 


1.    APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM MENUNGGANG MOTOSIKAL

    * Mempunyai lesen memandu
    * Mempunyai lesen kenderaan motor dan

             Pelindungan insuran
    * Motosikal berada dalam keadaa yang baik

             dan selamat digunakan
2.    SEMASA MENUNGGANG MOTOSIKAL

          * Mematuhi undang-undang lalulintas

             jalanraya
             * Menunggang di sebelah kiri jalan atau

                gunakan laluan yang

               dikhaskan (jika ada)
             * Amalkan sikap bertolak ansur,bersopan

               dan bertimbang

               rasa dengan pengguna jalanraya yang lain
             * Patuhi had laju yang tealh ditetapkan pada
                sesuatu jalan

             *Tiga perkara asas perlu diingati untuk


               menunggang dengan selamat

                   i. Pemerhatian
                   ii. Penilaian
                  iii. Tindakan

3.    PENGGUNAAN TOPI KELEDAR

      * Kualiti diperakui oleh SIRIM
      * Kemas, selesa dan kukuh buatannya. Topi

          keledar yang

   longgar adalah tidak selamat dan keadaannya

   sama seperti

   tidak memakai topi keledar
 * Berwarna cerah
 * Pita pemantul cahaya di bahagian belakang

    dan tepi topi

   keledar
 * Ditukar jika terdapat kerosakan
   

4.          PENGGUNAAN VEST PEMANTUL CAHAYA
Warna cerah membuat anda mudah dilihat
5.          PEMERIKSAAN MOTOSIKAL
Antara bahagian yang perlu diperiksa
    * Brek
    * Pendikit dan cekam
    * Kabel
    * Tayar
    * Lampu
    * Lampu Isyarat
    * Hon
    * Rantai
    * Cermin
    * Minyak Enjin
    * Petrol
6.           TUMPUAN KETIKA MENUNGGANG

    * Bebaskan fikiran dan sesuatu yang boleh

       mengganggu tumpuan menunggang.
    * Jangan menunggang mengikut perasaan

       dan sentiasa mengawal emosi.
    *  Berhati-hati ketika menunggang di kawasan

       yang selalu  terjadi kemalangan.
    * Peka dengan keadaan jalan yang dilalui –

      licin, berpasir,

      berlubang, selekoh, air bertakung, simpang

      dan lain-lain lagi. ;

 
7.          MENUNGGANG DI LEBUH RAYA

    * Gunakan kawasan rehat dan rawat yang

      disediakan sekiranya keletihan.
              * Menunggu di belakang rel

                 penghadang bagi menjamin

                       keselamatan anda sekiranya berlaku

                       kecemasan.
              * Berhenti di tempat yang disediakan  

                 sekiranya hujan


8.    MENCEGAH KEMALANGAN

    *Elakkan dan menunggang semasa berada di

     bawah pengaruh ubat yang dilarang oleh doktor.
    * Elakkan dan menunggang semasa berada di

       bawah pengaruh minuman yang memabukkan

       atau dadah.
    * Elakkan dan berborak dan merokok semasa

       menunggang motosikal.
    * Jangan Iibatkan diri di dalam perlumbaan haram.
    * Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang    

       lain terutama di lintasan pejalan kaki.
    * Perlahankan motosikal anda di kawasan-kawasan  

       sekolah,taman permainan, hospital, pasar dan
      kompleks membeli belah

No comments:

Post a Comment