Oleh sebab itu untuk meningkatkan
kualiti pelajar, maka kualiti pengajar juga adalah perlu di tingkatkan melalui
latihan yang berbentuk professional. Ada
pihak berpendapat terhadap tiga kategori utama dalam bidang
latihan professional. Pertamanya ialah cirri konseptual pelatih terhadap
penglibatannya dalam 10 fungsi utama latihan itu;
1. perlaksanaan
latihan
2. persediaan
latihan dari segi material atau bahan
3. pengurusan
latihan itu sendiri
4. pengawasan
latihan
5. merangka
pengurusan latihan
6. menganalisis
keperluan latihan
7. perkembangan
professional
8. penetapan
organisasi
9. menasihati
10. menjalankan
penyelidikan
Kedua, pelatih menyedari bahawa
kebanyakkan tugas di dalam 10 tugas ` charasteristic performance ‘ adalah
penting. Bidang –bidang tersebut berkaitan dengan keperluan penilaian,
pengawalan corak program latihan, perlaksanaan latihan, pengurusan, penyelidikan,
penyediaan bahan, latihan penetapan hubungan organisasi dan asas kemahiran
professional.
Ketiganya secara umum , beliau
mencadangkan terdapat beberapa tahap identiti yang kolektif berhubung kait
dengan pendidikan formal, kebebasan bekerja, tanggapan orang luar terhadap
profession, nilai etika, hubungan dengan orang lain dan perkembangan
professional.
Pembangunan keatas tenaga pendidik
mengaitkan semua aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan kesediaan tenaga
pendidik sebagai satu proses dimana ketrampilan dan kenyakinan pendidik
bukannya setakat berusaha berkhidmat dengan efisien dan efektif di dalam sistem
pendidikan dengan cara yang pasif sehaja tetapi termasuk juga aktif
mempertimbangkan kepada pembangunan sistem pendidikan itu sendiri. Organisasi
menjadi lebih berkesan apabila wujud elemen-elemen yang berkembang di dalamnya
;
a. terdapat
hubungan saling percaya mempercayai
b. bersikap
tabah dan jujur antara ahli
c. hubungan
keorganisasian antara individu
d. penyertaan
luar ahli dalam penetapan matlamat serta membuat keputusan
e. ahlli
berkongsi dan mendapat idea dan menerima maklumbalas
f. individu
berdaya usaha dan bertanggungjawab
g. konflik
ditangani dan diuruskan secara kreatif
h. adanya
polisi dan amalan pengurusan yang menyokong hubungan individu
i. menghormati
perbezaan pendapat, corak kerja dan cara hidup
No comments:
Post a Comment