AYAH
Dilahir di Kluang, Johor. Membesar dengan berbekal satu
azam…..menjadi manusia yang bersyukur kepada illahi.
Sepanjang perjalanannya telah menempoh pengalaman berpindah randah, bertukar tempat sekolah, bekerja pelbagai tempat untuk mencari wang saku bagi menampong perbelanjaan.
Sepanjang perjalanannya telah menempoh pengalaman berpindah randah, bertukar tempat sekolah, bekerja pelbagai tempat untuk mencari wang saku bagi menampong perbelanjaan.
Kini bekerja diagensi kerajaan tetapi masih mencari identiti
diri dan asal orangtuanya. Semasa belajar di Universiti tempatan, beliau sempat
dimaklumkan oleh bekas penyelia asrama Universiti yang ada pertalian
persaudaraan menyatakan maklumat penting menyatakan berasal dari suku Negeri
Sembilan (suku Batu Hampar, kampong pelangai, Kuala Pilah) dan ada juga
maklumat mengatakannya dari keturunan Raja Belarus.
Mama
Dilahir di Kluang,
Johor. Membesar dengan berbekal satu azam…..menjadi manusia yang bersyukur
kepada illahi.
Sepanjang hidupnya berusaha berjimat cermat pebelanjaan untuk simpan wang saku bagi menampong perbelanjaan persekolahannya.
Kini bertugas di Jabatan Kerajaan.
PUTERA-PUTERANYA
Sulong
Anak sulong (Lelaki)
dan bekerja disektor hospital swasta dan berusaha meningkat keupayaannya serta
mengenali diri sendiri dengan melanjut pelajarannya.
Sulong semasa kini
berusia 26 tahun dan berada di selatan Semenanjung Malaysia hampir 5 tahun
semenjak tahun 2009. Beliau gemar
dengan permainan remaja masa kini tetapi tetap memberi tumpuan khusus kepada
kerjanya. Dalam usia kedewasaan ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehinya yang tidak dapat dibeli dan didalam buku rujukan akademik.
Angah
Anak kedua (Lelaki) dan bekerja disektor hospital swasta dan
berusaha meningkat keupayaannya serta mengenali diri sendiri dengan memahami
keupayaan di dalam dirinya.
Alang
Anak ketiga (Lelaki) dan bekerja disektor hospital swasta dan
berusaha meningkat keupayaannya untuk menikmati pengalaman berada diluar
negera.
Alang sentiasa mengutamakan kebajikan keluarganya khusus kepada orangtua. Selesai menghabiskan pengajian kejururawatannya di Kolej Perubatan DiRaja Perak yangmana merupakan sebahagian dari Universiti Kuala Lumpur. Berminat didalam aktiviti kemasyarakatan dan berpotensi menjadi warga yang berbakti kepada ugama, Negara dan bangsa.
Bongsu
Anak keempat (Lelaki) berusaha untuk bersedia menghadapi pemeriksaan utama buat pertama kalinya.
Lahir pada tahun 1997 di Kuala Lumpur di Pusat Perubatan Swasta
melalui kaedah pembedahan. Minat didalam bidang membina badan dan computer.
Catatan : 9 September 2014
No comments:
Post a Comment